RIYADH, 25 Ogos – JEMAAH……. 1.4 juta sudah tiba di Arab Saudi setakat ini untuk menunaikan ibadat haji, kata pihak berkuasa.

Lebih dua juta dijangka menunaikan haji tahun ini.

“Setakat ini, 1,31,946 jemaah tiba dengan pengangkutan udara, 79,501 melalui darat dan 12,477 dengan kapal, peningkatan 33 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” menurut laporan Saudi Press Agensi, memetik kenyataan pegawai pasport.

Ia termasuk lebih 400 jemaah Qatar, lapor media tempatan, di sebalik perbalahan yang semakin memuncak antara Doha dan Riyadh.

Semua jemaah Qatar tiba menerusi bandar Salwa, di sempadan kedua-dua negara.

Musim haji kali ini dibayangi krisis politik terburuk di rantau Teluk apabila Saudi bersama tiga negara Arab lain memutuskan hubungan dengan Doha pada 5 Jun kerana negara itu dikatakan menyokong kumpulan militan.

Qatar menyangkal dakwaan itu dan menyuarakan kebimbangan jemaahnya akan dilayan buruk.

Namun media Arab Saudi kerap menyiarkan imej menunjukkan pegawai membantu jemaah Qatar. – WD MY