KUALA LUMPUR, 20 Nov – Kesesakan teruk berlaku apabila Lebuhraya
Persekutuan daripada Subang menghala Kuala Lumpur ditutup sejak pukul 4 petang
tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur, lebuh raya berkenaan
ditutup bagi memberi laluan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang
tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang bagi
menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

“Lebuh raya akan ditutup sehingga perjalanan Obama ke Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC) selesai,” katanya kepada media sebentar tadi.

Beliau berkata jalan di sekitar Kuala Lumpur yang turut terjejas ialah Jalan
Imbi, Jalan Kinabalu dan Jalan Sultan Ismail.

Jurucakap itu berkata pengguna jalan raya dinasihat supaya menggunakan jalan
alternatif bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
dengan mematuhi peraturan serta arahan polis.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY