KUALA LUMPUR, 6 Feb – Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
dilaporkan mulai sesak setakat 1 tengah hari ini.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata trafik bagi arah utara dilapor sesak
dari Jelapang ke Kuala Kangsar, Permatang Pauh ke Sungai Dua dan Jambatan Pulau
Pinang dari pulau ke pertengahan jambatan.

Bagi arah Selatan, trafik perlahan dari Seremban ke Senawang dan
Pedas/Linggi ke Simpang Ampat, katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik dari
arah Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan sekitar Plaza Tol Bentong ke Bentong
Timur bergerak perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas
tol Plusline di 1800-88-0000 serta laman sosial Plusline. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY