SINGAPURA, 23 Mac – Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura selama 31 tahun telah meninggal dunia di Hospital Besar Singapura selepas dirawat di situ kerana mengidap penyakit radang paru-paru yang teruk sejak 5 Februari.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Singapura, “Perdana Menteri sangat sedih untuk mengumumkan pemergian Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama Singapura meninggal dunia di Hospital Besar Singapura hari ini pada 03:18 pagi. ”

“Pengumuman bagi orang ramai untuk memberikan penghormatan terakhir juga dan bagi prosiding pengebumian akan dimaklumkan kemudian.”

Lee meninggalkan anak-anaknya, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, 63, dan Lee Hsien Yang, 57, anak perempuan Dr Lee Wei Ling, 60, menantu Ho Ching, 61, dan Lee Suet-Fern, 56, tujuh cucu.

Isterinya, Kwa Geok Choo, meninggal dunia pada 2010, pada usia 89.- Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY