LONDON, 31 Julai – Leka…….Tiga remaja yang leka bermain Pokemon GO disamun perompak bersenjata di sebuah taman di utara ibu kota ini dan dipaksa menyerahkan telefon bimbit, menurut polis hari ini.

Rompakan bersenjata jarang berlaku di Britain dan polis berkata, mereka sedang memburu tiga suspek berusia antara 16 hingga 17 tahun susulan kejadian petang Selasa lalu.

Menurut polis, ketika seorang suspek mendesak tiga remaja itu menyerahkan telefon bimbit mereka, suspek kedua mengeluarkan senjata seperti pistol.

Remaja terbabit kemudian menyerahkan telefon bimbit dan segera meninggalkan tempat kejadian tanpa dicederakan.

Nintendo Pokemon GO menjadi permainan terbaru paling popular tahun ini, dengan pemain melihat skrin mudah alih untuk mencari watak Pokemon maya yang menjelma di ruang pejabat, restoran, muzium, taman dan laman web lain menerusi teknologi realiti.

Permainan itu dilaporkan menjadi punca kepada beberapa kemalangan termasuk membawa maut berikutan pemainnya yang terlalu leka. – WD MY

LEAVE A REPLY