HELSINKI, 2 OKT – CEDERA… Seorang lelaki bersenjatakan pedang menyerang pelajar di sebuah kolej vokasional di timur Finland, semalam, sehingga mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan 10 yang lain termasuk seorang polis.

Saksi berkata, seorang belia dengan pedang menyerbu masuk ke sebuah kelas. Polis masih belum menentukan motif serangan.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Kolej Vokasional Savo di pusat membeli belah Herman di Kuopio, timur Finland pada jam 12.29 petang waktu tempatan, kata polis.

“Suspek membawa satu senjata seperti pedang,” kata detektif superintendan polis timur Finland, Mikko Lyytinen.

Katanya, suspek turut membawa sepucuk pistol. -WD MY