BRUSSELS, 26 Ogos – TEMBAK…… Lelaki bersenjatakan pisau ditembak mati selepas mencederakan seorang tentera di ibu kota Belgium.

Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.

Pendakwa raya menyatakan lelaki itu menjerit ”Allahuakbar’ ketika bertindak ganas, kemudian ditembak mati oleh tentera di jalan raya di pusat bandar raya itu.

“Kami percaya ia adalah serangan pengganas,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya sambil menambah penyerang itu ‘sudah mati’.

Insiden itu berlaku selepas serangan didakwa dilakukan kumpulan Daesh di Sepanyol, hujung minggu lalu yang mengorbankan 15 orang dan seorang lelaki bersenjatakan pisau di Finland bertindak menikam mati dua orang dan mencederakan lapan yang lain. – WD MY