LOS ANGELES, 2 Ogos – Tembakan…… Lelaki warga China melepaskan tembakan di luar bangunan konsulat Beijing di sini, sebelum membunuh diri, kata polis.

“Ketika anggota tiba di tempat kejadian, kami mendapati suspek mempunyai kesan tembakan dan disahkan mati di tempat kejadian,” kata jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Sal Ramirez.

Katanya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian awal pagi itu dan masih tidak diketahui sama ada tindakan lelaki berusia 60-an itu mempunyai unsur politik. – WD MY