SEPANG 19 Mei – Seorang pemuda hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membunuh tunangnya dalam satu kejadian pada 6 Mei lalu. Amal Adil Alias, 26, dituduh melakukan kesalahan tersebut terhadap Rosshida Abdullah, 30, di bawah jambatan Cyberjaya menuju ke Garden Residence KM 37.2 Lebuhraya LDP Cyberjaya-Puchong di sini di antara pukul 5 pagi hingga 1 tengah hari.

Namun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Pertuduhan dibuat di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim.

Manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, B. Uma Devi manakala tertuduh diwakili oleh Azizzul Shariman Mat Yusoff.- Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY