KUALA LUMPUR, 7 Okt – Individu yang di dakwa menunjukkan kemaluan di hadapan rumah
penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin tiga hari lepas dipenjara enam bulan setelah
gagal membayar denda sebagai hukuman oleh Mahkamah Majistret Ampang, selepas dia
mengaku bersalah menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah

Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhi hukuman denda RM5,000 dan
memerintahkan Amiruddin Sulaiman, 48, dipenjara enam bulan jika gagal membayar
denda. Dia gagal membayar denda itu.

Amiruddin, didakwa terhadap pertuduhan dengan niat menghina kesopanan
pengawal keselamatan rumah penyanyi itu, warga Indonesia bernama Alias, 61,
dengan menunjukkan kemaluannya sehingga mengganggu kesantunan mangsa di hadapan
rumah milik suami Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohd Jiwa di Bukit Antarabangsa
di sini pukul 5 petang, 4 Okt lepas.

Dia yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, peguam Dony Abdullah yang mewakili tertuduh memohon hukuman
ringan atas alasan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya yang merupakan
seorang duda dan mempunyai dua orang anak berusia 21 dan 19 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman penjara ke atas
tertuduh atas alasan perbuatannya boleh menggugat keharmonian keluarga pemilik
rumah.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY