ALOR SETAR, 3 Julai – Dibelasah Akibat Cuba Mencuri Kenderaan…..Seorang lelaki dibelasah orang awam kerana cuba melarikan sebuah kereta Honda Accord milik seorang peniaga di kawasan pasar raya berhampiran Pasar Besar Alor Setar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi, lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan yang diubahsuai, untuk menghidupkan enjin kereta terbabit.

Bagaimanapun, tindakan suspek disedari pemilik kenderaan yang kemudian terus menangkapnya, dengan dibantu orang awam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan sepasukan anggotanya membuat tangkapan semula ke atas suspek berkenaan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau termasuk kes curi kenderaan di Subang Jaya, Selangor. – WD MY

LEAVE A REPLY