KUANTAN, 7 Ogos – Disaman Kerana Menggunakan Telefon Bimbit…… Seorang peniaga menjadi penerima saman pertama kerana menggunakan telefon bimbit sambil bermain Pokemon Go di bandar ini, pagi semalam.  

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali, berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan anggota polis trafik ketika memandu di Jalan Stadium, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi.  

“Dia ditahan kerana melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu… cuma, kebetulan ketika itu dia sedang bermain permainan realiti digital Pokemon Go.  

“Anggota kami yang menahan ahli perniagaan itu mengeluarkan saman atas kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.  

Difahamkan, ahli perniagaan itu sedang mengimbas karektor raksasa digital di sepanjang laluan berkenaan sebelum perbuatannya itu disedari anggota polis.  – WD MY

LEAVE A REPLY