BAYAN LEPAS, 29 Mac – Individu yang cuba meletupkan mesin deposit tunai (CDM) menggunakan mercun di sebuah bank di Pantai Jerjak, Bayan Baru, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan penjenayah yang memakai topi keledar meletakkan kotak mercun di atas CDM berkenaan sebelum meletup.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin, berkata letupan itu merosakkan penutup mesin namun peti besinya tidak terjejas.

“Kita percaya bahan letupan digunakan adalah mercun buatan sendiri iaitu bom paip yang diisi ke dalam kotak kecil.

“Suspek yang melarikan diri menaiki motosikal giat diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Ketika ini, Unit Forensik dan Unit Bom polis masih berada di lokasi kejadian bagi siasatan lanjut. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY