Lelaki Mati Di Hadapan Kedai Serbaneka

0
75

GOMBAK, 12 Ogos – Mati….. Lelaki berusia 41 tahun ditemui mati di hadapan sebuah kedai serbaneka di Sunway Batu Caves, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata mayat lelaki yang berasal dari Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

“Kita terima maklumat kira-kira pada jam 2 pagi. Apabila tiba di lokasi, polis menemui satu mayat lelaki terbaring di hadapan sebuah kedai serbaneka.

“Mayat lengkap berpakaian baju berwarna biru dan seluar hitam, mempunyai kesan kecederaan luka pada tubuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Fadzil berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan pada mayat bagi mengenal pasti punca kematian. – WD MY