BATU GAJAH, 9 Sept – Maut Ditembak……Seorang lelaki berusia 34 tahun maut ditembak di rumahnya di Kampung Baru Chenderong pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohd Nasri Oma, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa yang juga bekerja sebagai pemandu lori ditembak di bahagian kepala sebanyak dua das di ruang tamu rumahnya kira kira jam 6.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, isteri mangsa yang baru pulang dari menghantar anak ke sekolah terdengar bunyi letupan yang kuat seperti bunyi mercun.

Bagaimanapun setibanya di rumah isteri mangsa mendapati suaminya terbaring dengan keadaan berlumuran darah di bahagian kepala di atas sofa.

Mangsa maut di tempat kejadian.

Siasatan turut menjumpai dua kelongsong peluru kira- kira dua meter dari mayat mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – WD MY

LEAVE A REPLY