SHAH ALAM,MEI 28:SEORANG…SEORANG lelaki maut akibat daripada mandi untuk menyejukkan badannya di kawasan zon perlindungan sumber air alternatif Saujana Putra di sini, hari ini.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Prakash Kumar Subramaniam, 38, ditemui lemas berhampiran lokasi terakhir dia dilihat.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.42 petang.

“Seramai lapan pegawai dan anggota termasuk skuad penyelam bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang serta BBP Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dikatakan mahu mandi untuk menyejukkan badan, bagaimanapun dilihat tenggelam sejurus masuk ke dalam kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Alimaddia berkata, mangsa ditemui oleh skuad penyelam pada jam 4.49 petang berhampiran lokasi terakhir dia dilihat .

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-MY WD