BAGAN SERA, 21 Nov – TERBAKAR…. Lelaki melecur tangan kanan ketika cuba mengalihkan tong gas yang terbakar di kantin Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Nasir Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 3.28 pagi.

Berdasarkan maklumat, mangsa berusia 60-an itu dikatakan sedang menjerang air sebelum berlaku kebakaran di bahagian dapur.

Katanya, mangsa yang menyedari kebakaran berpunca dari tong gas cuba mengalihkan untuk dibawa keluar dari premis terbabit.

“Berikutan itu, mangsa cedera ringan iaitu melecur di bahagian tangan kanannya. Kebakaran itu kemudian dipadamkan oleh orang awam menggunakan air siraman baldi.

“Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi berkenaan tamat pada jam 3.53 pagi. – WD MY