KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Mengaku Nabi Isa……. Seorang lelaki yang mendakwa dirinya Nabi Isa ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan bersama isteri dan anak perempuannya ketika menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) kira-kira jam 4.30 petang.

Awalnya, suspek ditahan kerana kenderaannya menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.

Bagaimanapun, suspek didakwa mengeluarkan kata-kata kesat termasuk mengaku dirinya Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri serta Raja-Raja Melayu selepas mengambil alih kerajaan.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain, ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan berkata kes itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. – WD MY

LEAVE A REPLY