KUDAT, 12 Julai – Rentung……..Seorang lelaki 56 tahun rentung selepas rumah yang didiami di Kampung Kinarasan Darat Kudat musnah dalam kebakaran jam 4 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Mohiddin Abdul Majid ketika dihubungi memaklumkan, Pusat Gerakan Bomba menerima panggilan kira-kira jam 4.41 pagi dan hanya tiba di lokasi jam 6 pagi.

Jentera Bomba menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian kerana jalan kampung yang tidak berturap dan sempit.

Mayat mangsa diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Kudat. – WD MY

LEAVE A REPLY