JOHOR BAHRU, 12 Mei – Mohon Maaf…. Lelaki yang memandu kenderaan dan   membunyikan hon di hadapan Surau Austin Perdana di sini, sehingga kejadian itu viral di laman sosial Jumaat lalu, hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Toh Chai Eun, 28, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam terutama mereka yang terbabit dalam kes berkenaan.

Chai Eun yang ditemani abangnya Toh Chai Chung, 30, hadir dalam satu perjumpaan di Pejabat Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang disertai ahli jawatankuasa surau terbabit, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut. – WD MY