DOHA, 6 Feb – Lesen Memandu…… Seluruh rakyat Malaysia yang tinggal di Qatar dapat menukar lesen memandu Malaysia mereka secara automatik¬† kepada lesen memandu tempatan kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata keluhan rakyat Malaysia mengenai isu lesen memandu disampaikan kepada Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani.

Walaupun mempunyai lesen memandu di Malaysia, katanya rakyat terpaksa mengikuti latihan dan menjalani ujian memandu dengan alasan pemanduan di Qatar adalah di sebelah kiri.

“Dalam pertemuan itu, saya menyatakan bahawa ada negara lain yang kaedah pemanduan di sebelah kanan, tetapi lesen memandu mereka diterima oleh Qatar secara automatik untuk ditukarkan kepada lesen tempatan.

“Dalam masa lima minit, Perdana Menteri Qatar menghubungi dan mengarahkan pegawai berkaitan supaya meluluskan permintaan rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di sini, malam tadi.

Dr Ahmad Zahid berkata, hubungan baik dengan Qatar menyebabkan permintaan itu diluluskan tanpa perlu dilakukan secara rasmi atau melalui perjanjian persefahaman. – WD MY