?GEORGE TOWN, 29 Nov – Sekumpulan lelaki mengadakan tunjuk perasaan bagi mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan.

Tunjuk perasaan itu diadakan sempena berlangsungnya Konvensyen dan pilihanraya DAP negeri yang diadakan di Hotel Equatorial.

Sambil memegang sepanduk “Chow Kon Yeow untuk Ketua Menteri Pulau Pinang” kumpulan itu tiba kira-kira pukul 9:30 pagi dan mengadakan tunjuk perasaan di luar Hotel Equatorial. Mereka beredar kira-kira 5 minit kemudian.

Sebelum ini, kumpulan yang sama turut mengadakan tunjuk perasaan di Komtar semalam.

Risalah dan poster bertaburan sepanjang jalan menuju ke Hotel Equatorial di Bukit Jambul serta di pintu masuk hotel berkenaan.

Turut ditemui poster yang tercatat “Chow for CM” yang merujuk kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mendesak beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY