TOKYO, 17 DIS – LETUPAN…… 40 mangsa cedera dalam satu letupan di sebuah bar di Sapporo, utara Jepun, semalam, lapor agensi berita Kyodo.

Setakat ini, punca letupan itu masih tidak diketahui. Agensi itu berkata, letupan terbabit menyebabkan sejumlah bangunan runtuh. Katanya, seorang mangsa kini kritikal.

Rakaman video di media sosial menunjukkan api dan asap hitam berkepul-kepul pada waktu malam dan orang ramai berlari menyelamatkan diri di tepi jalan yang penuh sisa runtuhan dan cermin pecah.

Polis dan bomba kini sedang mengawal lokasi, memadamkan kebakaran serta memberi amaran kepada penduduk di kejiranan itu bahawa wujud kemungkinan letupan lain, lapor agensi itu.

“Saya terdengar bunyi dentuman seperti petir dan kondominium saya bergegar,” menurut alaman berita Japan Times memetik seorang lelaki yang tinggal berhampiran.

Saksi di lokasi memaklumkan beliau terbau gas di kawasan itu, selepas letupan yang menurut Kyodo berlaku pada kira-kira jam 8.30 malam waktu tempatan. – WD MY