LONDON, 27 Dis – MOHON MAAF…..Lewis Hamilton memohon maaf atas keterlanjuran memarahi anak saudara lelakinya kerana memakai pakaian wanita yang kemudiannya mendapat kecaman netizen selepas video itu tersebar di internet, semalam.

Video yang berkongsi bersama 5.7 juta pengikutnya memperlihatkan anak saudara lelaki pelumba F1 itu memakai pakaian biru dan merah jambu sambil memegang tongkat berbentuk jantung merah jambu.

“Saya sedih sekarang, lihat anak saudara saya,” kata Hamilton..

Juara dunia Formula Satu (F1) kemudian bertanya kepada anak saudaranya itu,” Kenapa awak memakai gaun wanita? Adakah ini apa yang anda dapat untuk Krismas?”

Anak saudaranya terus menjawab ya, dan Hamilton membalas, “Kenapa anda meminta pakaian wanita untuk Krismas?”

Video itu yang dimuat naik sendiri oleh Hamilton menyaksikan dia menjerit ke arah anak buahnya dengan berkata,” Lelaki tidak boleh memakai pakaian wanita”, yang kemudiannya menyebabkan kanak-kanak itu menangis dan menutup telinganya dengan tangan.

Bagaimanapun, dia akhirnya memadam video itu selepas dikritik hebat di media sosial atas sikap kasarnya itu.

“Semalam saya bermain-main dengan anak saudara dan menyedari bahawa kata-kata saya itu tidak wajar. Jadi saya membuang video berkenaan sebagai tanda memohon maaf kepada semua.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya amat menyayangi anak saudara dan keluarga saya,” kata Hamilton di akaun Twitter miliknya.

“Saya sentiasa menghormati cara hidup orang lain yang mempunyai pandangan dan pegangan masing-masing. Saya harap anda semua dapat memaafkan dan tidak memandang serong kepada saya,” katanya. – WD MY