ABU DHABI, 26 Nov – JUARAI……. Juara dunia lima kali yang baharu, Lewis Hamilton meraih kemenangan ke-11 musim ini sebentar tadi selepas dia mengemudi jentera Mercedes miliknya mencipta kejayaan dalam saingan penutup musim dipenuhi kemalangan di Grand Prix Abu Dhabi.

Pemandu Britain berusia 33 tahun itu yang bermula di petak pendahulu kali ke-83 buatnya, menang dengan catatan 2.5 saat di depan pencabar utama yang juga juara dunia empat kali dari Jerman, Sebastian Vettel dari Ferrari.

Kemenangan itu hadir selepas kemalangan teruk pada pusingan pembukaan yang menyaksikan Nico Hulkenberg terselamat selepas jentera Renault miliknya menghentam penghadang.

Pemandu Belanda, Max Verstappen berkedudukan ketiga di depan rakan sepasukan Red Bull, Daniel Ricciardo, dalam perlumbaan ke-100 buat Red Bull dan 150 secara keseluruhan sebelum berhijrah ke Renault dan Valtteri Bottas yang juga pemandu kedua Mercedes.

Carlos Sainz ketujuh buat Renault di depan Charles Leclerc dari Sauber, Sergio Perez dari Force India, Romain Grosjean, yang kemalangan dengan Hulkenberg pada pusingan pembukaan dan rakan sepasukannya di Haas, Kevin Magnussen.

Kemenangan Hamilton melengkapkan musim penuh dominan buat pemandu England itu.

“Saya sangat gembira ketika ini,” katanya sebelum memuji Vettel.

“Saya tahu tahun depan dia akan kembali dengan lebih bagus. Apa saja yang anda katakan, kami sentiasa melakukan yang terbaik.” Vettel turut membalas.

“Dia berhak menjadi juara,” kata Vettel. “Ia tahun yang mencabar saya saya mencuba hingga pusingan akhir.” – WD MY