Lima Belas Syarikat Sumbang Korban Adil Adha Parlimen Pekan

0
60

PUTRAJAYA, 17 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menerima sumbangan sebanyak 534 lembu korban daripada 15 syarikat untuk
sambutan Aidiladha di Parlimen Pekan.

Sumbangan itu disampaikan dalam satu majlis akad penyerahan oleh wakil
syarikat terbabit di Perdana Putra, di sini.

Antara syarikat terbabit ialah Sapura Holdings Sdn Bhd yang menyumbang 128
ekor lembu, NAZA Group (75), DRB-HICOM Berhad (50), WZR Property Sdn Bhd (30),
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (30) dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (28).

Turut menyampaikan sumbangan ialah Roadcare (M) Sdn Bhd yang menyumbang 28
ekor lembu, HeiTech Padu Berhad dan Nukima Sdn Bhd (20), GBP Corporation Sdn Bhd
(20), AJ Aeroservices Sdn Bhd (20) dan Kini Unggul Sdn Bhd (15).

Lembu berkenaan akan disumbangkan kepada masjid, surau, agensi kerajaan dan
badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan ibadah korban di Parlimen Pekan.
-Sharini Abdulah (WD MY)