PUTRAJAYA, 21 Mei – Zikir Perdana….. Sejumlah 200 ulama tempatan dan 40 ulama luar negara hadir pada Majlis Zikir Perdana 2016 anjuran Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama) di Masjid Putra, di sini.

Antara ulama dari luar negara yang hadir terdiri Kanada, Amerika Syarikat, Syria, Maghribi dan India.

Majlis turut dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menyertai solat asar dan maghrib berjemaah.

Bagi tahun ini tema “Islam itu Keamanan” dipilih bagi meningkatkan perpaduan ummah selain berkongsi dengan dunia bahawa Islam adalah agama yang membawa kedamaian.

Kira-kira 5,000 umat Islam hadir pada majlis berkenaan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY