KUALA LUMPUR, 9 Okt – Lima kawasan rehat dan rawat (R&R)
serta hentian sebelah lebuh raya kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad
(PLUS) akan ditutup bagi kerja penyelenggaraan mulai Isnin hingga Khamis ini.

Ia meliputi Hentian Sebelah Juru (arah selatan) di Km 141.8 Lebuhraya
Utara-Selatan yang akan ditutup pada Isnin dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

R&R Dengkil (arah selatan) di Km 24.3 Lebuhraya ELITE yang akan
ditutup pada Selasa dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Restoran Jejantas Ayer Keroh (arah utara) di Km 210, Lebuhraya
Utara-Selatan yang akan ditutup pada Selasa dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

R&R Machap (arah selatan) di Km 74.7 Lebuhraya Utara-Selatan yang
akan ditutup pada Rabu dari pukul 9 pagi hingga 4 petang dan R&R Machap (arah
utara) di Km 74.6, Lebuhraya Utara-Selatan yangt akan ditutup pada Khamis dari
pukul 9 pagi hingga 5 petang.

PLUS berkata gerai, kios dan kemudahan awam akan turut ditutup, hanya
stesen minyak yang akan beroperasi.- Sofea Nawar (WDMY)

LEAVE A REPLY