YANGON, 20 OktĀ  – TERBUNUH…… Seramai Lima terbunuh selepas polis Myanmar melepaskan tembakan ke arah samseng bersenjata yang cuba menceroboh lombong jed di utara negara itu, lapor media.

Ia adalah kejadian maut terbaharu dalam industri bernilai berbilion dolar itu.

Keganasan meletus selepas polis mengepung kira-kira 50 pengumpul jed daripada memasuki kawasan industri dimiliki ‘Syarikat 111’ di Hpakant di negeri Kachin, hab perdagangan yang dikenali dengan tunjuk perasaan pekerja, tanah runtuh, rasuah dan penyalahgunaan dadah.

Sejam kemudian, hampir 600 kembali dan menyerang polis, membakar trak yang ditinggalkan dan memusnahkan jentolak, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

“Apabila diserang dengan pisau, polis melepaskan tembakan untuk menghalang penyerang.

“Lima maut dan 25 lagi cedera, termasuk lima pegawai polis,” lapor akhbar itu. – WD MY