JOHOR BAHRU, 1 Nov – TAHAN…… Pihak polis menahan seorang ibu berusia 36 tahun yang disyaki melacurkan dua anak perempuannya, susulan itu, ┬ápolis menahan lima lelaki warga Bangladesh.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata semua suspek yang ditahan pada Selasa berusia antara 28 hingga 42 tahun.

Katanya, kesemua suspek adalah pekerja kilang di sekitar kawasan Senai dan Kulai.

“Semua suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan daripada Mahkamah Majistret di sini.

“Kelima-lima suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Khalil memaklumkan menahan seorang ibu kerana disyaki melacurkan dua anak perempuannya berusia 8 dan 10 tahun kepada lelaki warga asing.

Katanya, wanita warga tempatan itu ditahan di sebuah rumah di Senai, Kulai minggu lepas. – WD MY