KUALA LUMPUR, 14 Jan – Melindungi kepentingan Bumiputera dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan satu pencapaian utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah afirmatif Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diperkenalkan oleh Allahyarham ayahandanya, perdana menteri kedua negara, Tun
Abdul Razak Hussein, adalah untuk memastikan Bumiputera tidak ketinggalan.

“Kita menyertai perjanjian ini (TPPA) atas syarat-syarat kita dan dengan
dasar tindakan afirmatif yang termaktub dalam perjanjian antarabangsa” katanya
pada Seminar Peringatan Khas Tun Abduk Razak (Bapa Pembangunan Malaysia) hari ini.

Najib juga melancarkan buku karya Canselor Universiti Tun Abdul Razak, Tun
Ahmad Sarji, yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Bhd, yang menyentuh
mengenai pencapaian perdana menteri kedua itu.

Turut hadir ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak penubuhan DEB pada 1970, Najib berkata kadar kemiskinan telah berjaya
dikurangkan kepada hanya 0.6 peratus pada 2014 daripada 49 peratus pada 1970
manakala bilangan profesional Bumiputera meningkat dengan ketara semasa tempoh
yang sama.

“Dalam kalangan doktor, sebagai contoh, bilangan Bumiputera meningkat
daripada 3.7 peratus kepada 46 peratus dalam tempoh itu dan dalam kalangan
jurutera, peningkatannya adalah daripada tujuh peratus kepada 35 peratus,”
katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY