LIRR Tergelincir Namun Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

0
137
PUTRAJAYA, 5 Jan – Selamat…… Sebuah Keretapi Komuter Long Island Rail Road
(LIRR) telah tergelincir dari landasan di Terminal Atlantic, Brooklyn, New York
pada 4 Januari 2017, dan mencederakan seramai 103 penumpang.
Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 430 penumpang berada dalam keretapi tersebut semasa kemalangan berlaku pada Trek 6 LIRR sekitar jam 8.15 pagi.
Konsulat Jeneral Malaysia di New York telah mengesahkan bahawa tiada rakyat
Malaysia yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York sedang memantau
situasi tersebut dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi
mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi tersebut. – WD MY