MEXICO CITY, 21 April – Loji Minyak Meletup…..Satu letupan besar di sebuah loji minyak di tenggara Mexico mengorbankan sekurang-kurangnya tiga pekerja, mencederakan 30 yang lain dan mencetuskan pengosongan kawasan itu hari ini, menurut syarikat tenaga kerajaan, Pemex.

Kepulan asap kelabu kelihatan dari loji yang dikenali sebagai Pajaritos, di bandar Coatzacoalcos. Letupan itu dapat dirasakan sehingga sejauh 10 kilometer, sekali gus memaksa sekolah dan perniagaan berhampiran dikosongkan.

Punca letupan di Petroquimica Mexicana de Vinilo (PMV) masih tidak diketahui.

Gabenor negeri Veracruz, Javier Duarte memaklumkan stesen televisyen Milenio bahawa letupan itu mengorbankan tiga orang di kilang. Selain itu, 30 orang turut cedera. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY