KUALAL LUMPURLUMP 26: DIREMPUH….Tindakan melompat keluar dari kereta dinaiki berjaya menyelamatkan dirinya daripada dirempuh sebuah lori di Kilometer 26.5 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, pemandu berusia 35 tahun itu bertindak melompat keluar selepas menyedari sebuah lori hendak melanggar keretanya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, akibat kejadian itu kenderaan dinaiki lelaki terbabit remuk teruk akibat dirempuh lori berkenaan.

“Kemalangan tidak membabitkan sebarang kecederaan namun berlaku kesesakan di lebuhraya berkenaan,” katanya.

Azman berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu lori yang tidak dapat mengawal kenderaannya.

“Polis meminta orang ramai atau saksi kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Naseer Peping di talian 016-3925903 untuk membantu siasatan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-MY WD