LONDON, 4 Jun -Terbunuh….. Lebih  tujuh orang dikhuatiri terbunuh dalam dua kejadian di London, lapor akhbar The Sun.

Menurut Reuters, akhbar itu juga melaporkan dua penyerang berhampiran London Bridge ditembak mati polis.

Sementara itu, AFP melaporkan polis berkata, kejadian di London Bridge dan pasar Borough adalah perbuatan pengganas.

“Pada jam 12.25 pagi waktu tempatan kejadian di London Bridge dan pasar Borough diisytiharkan sebagai tindakan pengganas, ” kata polis.

Bagaimanapun, polis mengesahkan insiden ketiga di Vauxhall tiada kaitan dengan pengganas.

Bagi Datuk Bandar London, Sadiq Khan, hari ini mengutuk kejadian rempuhan van di London Bridge dan serangan di sebuah restoran di pasar Borough sebagai tidak bertamadun.

“Ia adalah serangan disengajakan dan pengecut ke atas penduduk London yang tidak bersalah dan pengunjung bandar raya ini yang mahu menikmati malam minggu.

“Tiada apa mewajarkan serangan tidak bertamadun ini,” katanya. – WD MY