KUALA LUMPUR, 14 Jan – Sebuah lori menyebabkan dua orang cedera manakala nasib dua pelajar perempuan belum diketahui.

Lori hantu berkenaan dipercayai terbabit kemalangan dengan beberapa kenderaan sebelum terbabas dan melanggar 15 motosikal di parkir di hadapan Sekolah Menengah Bandar Damai Perdana, Kajang dekat sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata bomba menerima laporan kemalangan pada jam 1.11 petang dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Kajang dikejarkan ke lokasi.

“Dua pelajar perempuan dikatakan tersepit di bawah sebuah van NISSAN Vanette yang dihempap lori hantu yang terbalik.

“Usaha mengeluarkan dua pelajar berkenaan sedang dilakukan, manakala dua orang awam yang cedera sudah dihantar ke hospital,” katanya.

Lori hantu berkenaan dikatakan merempuh 15 motosikal yang diparkir di tepi jalan sebelum merempuh van berkenaan dan terbalik di atasnya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY