KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Suke….. Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menutup lorong kanan di Jalan Lingkaran Tengah 2, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bermula jam 10 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Penutupan lorong kanan kedua-dua arah itu untuk memudahkan proses menguji tanah sepanjang 1.8 KM di Jalan Lingkaran Tengah 2.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, penutupan lorong itu akan berakhir pada Rabu, 13 September 2017.

Penguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mematuhi papan tanda dan arahan kakitangan di kawasan terbabit. – WD MY