KUALA LUMPUR, 9 Sept – Tambang Percuma…..Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menawarkan tambang percuma tiga hari mulai 13 September ini kepada pengguna sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bagi semua Laluan LRT Kelana Jaya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PRASARANA, Datuk Azmi Abdul Aziz, mengumumkan perkara itu dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, langkah itu adalah sebagai menghargai kesabaran pengguna yang berdepan kesulitan berikutan gangguan perkhidmatan itu pada Rabu lalu dan pagi tadi. – WD MY

LEAVE A REPLY