KUALA LUMPUR, 20 Sept- Projek Perumahan LTAT…..Kementerian Pertahanan melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera, LTAT bakal membina 2000 unit kediaman mampu milik khusus untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia, ATM di Bukit Jalil.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan, ia sebahagian daripada inisiatif Teras Kebajikan Kementerian Pertahanan demi memastikan kebajikan anggota, veteran dan keluarga mereka sentiasa terpelihara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, LTAT di Taman LTAT, Bukit Jalil.

Selain di Bukit Jalil, terdapat 1650 unit telah siap dibina di tiga lokasi iaitu di Kuala Lumpur; Mutiara Damansara, Selangor dan Mutiara Rini, Johor. – WD MY

LEAVE A REPLY