PUTRAJAYA, 3 Mac – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata pihaknya sedang berunding dengan pihak berkenaan termasuk dari
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta wakil setiap negeri.

Menurut beliau, Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di
Serdang bakal menjadi lokasi tumpuan terbaharu bagi tarikan sektor
agropelancongan negara dengan pembukaan laman pertanian dan pavilion
negeri-negeri.

“Kita masih di peringkat perbincangan termasuk hal berkaitan peranan
negeri-negeri dan sumbangan yang diperlukan untuk mempromosi pavilion di negeri
masing-masing.”

Beliau ditemui media selepas merasmikan Seminar Agropelancongan
2015 hari ini.

Beliau berkata laman pertanian akan dibuka setiap hari mulai bulan depan
manakala pavilion negeri, yang mempromosikan budaya negeri masing-masing pada
setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dibuka dalam masa tiga bulan lagi.

Sebagai contoh, katanya Sarawak bukan sahaja mempromosikan makanan seperti
di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa (MAHA),
malah melibatkan persembahan kebudayaan mereka.

Ismail Sabri berkata sektor pelancongan negara berkaitan alam sekitar
termasuk agropelancongan mempunyai potensi yang sangat besar kerana ia menjadi
tarikan kepada masyarakat luar terutamanya dari Eropah, Jepun dan Asia.

“Malah, Singapura juga mempunyai silibus berkaitan pelancongan dalam sistem
pendidikan mereka.

“Namun, seperti diketahui, mereka tidak mempunyai tempat seperti
yang ada di negara ini seperti dusun buah-buahan, ikan dalam sangkar,”katanya – Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY