KUALA LUMPUR, 4 Jun – Xpax, jenama utama perkhidmatan prabayar
Celcom Axiata Bhd, telah melancarkan pakej edisi terhad kad sim terbaharunya,
Magic SIM.

Pakej permulaan Xpac Magic SIM bernilai RM5 didatangkan dengan asas internet
percuma, berkelajuan 200 Megabait (MB) dan panggilan selama 20 minit percuma
termasuk SMS ke nombor Celcom yang lain tanpa caj.

“SIM tersebut merupakan contoh kepada matlamat kami untuk menjadi peneraju
internet dan memastikan masyarakat disambungkan dengan kelajuan 4G di dalam
rangkaian kami,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy
Zainal Abidin kepada media semasa majlis pelancaran Magic SIM tersebut di
sini hari ini.

Katanya, Magic SIM akan membantu meningkatkan kemampuan di kalangan
pelanggan dan meluaskan akses jalur lebar.

Pakej Magic Box ini melibatkan satu set pelan internet serendah RM1 sehari
selama 60 MB sesaat kepada RM25 sehari untuk internet berkelajuan tinggi
sebanyak 1GB, katanya.

“Pelanggan boleh melanjutkan tempoh sah kredit mereka dengan membawa data
internet yang tidak digunakan ke hadapan dengan caj RM1 serta 300 MB internet
berkelajuan tinggi percuma dan 30 panggilan atau SMS percuma setiap kali mereka
menambah nilai,” kata beliau.

Katanya, Xpax mewakili lebih separuh daripada 10.2 juta pelanggan prabayar
Celcom, manakala Magic SIM dijangka akan mengembangkan lagi asas pelanggannya.
-Sharini Abdullah (WD MY)

LEAVE A REPLY