KUALA LUMPUR, NOVEMBER 14: PTPTN….Sepuluh aktivis mahasiswa hari ini berarak kira-kira 8km ke parlimen di ibu negara bagi membantah keputusan baru kerajaan berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mereka pada mulanya berkumpul di Universiti Malaya (UM) dan bergerak kira-kira jam 11 pagi dalam cuaca panas.

Ada antara mereka memakai pakaian siswazah dengan jubah dan topi segi empat siswazah, mereka tiba ke parlimen kira-kira sejam kemudian.

Kumpulan itu membantah tindakan kerajaan memperkenalkan pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus dari pendapatan bulanan peminjam berpendapatan lebih RM1,000.-MY WD