JEDDAH, 22 Feb – Malaysia Airports mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk membincangkan pembidaan pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah.

Usaha tersebut diumumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dalam Twitternya hari ini.

Tambah Aziz, Malaysia Airports mempunyai pengalaman luas menguruskan lapangan terbang antarabangsa termasuk di Hyderabad dan Istanbul.

Menurut Aziz yang turut sama ke Jeddah, beliau yakin dengan kebolehan Malaysia Airports dan berharap ia akan mencapai keputusan yang positif.

Malaysia Airports pada tahun lepas mengumumkan akan secara aktif mencari peluang untuk mengembangkan perkhidmatan dan mendapatkan ekuiti dalam lapangan terbang di serata dunia.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY