ISTANBUL, 13 April- Kejayaan MAHB Jadi Contoh GLC Lain… Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) digesa terus meneroka peluang perniagaan di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kejayaan Malaysia Airports Berhad (MAHB) menjadi pemilik penuh dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gocken ISG menjadi kejayaan yang boleh dicontohi GLC yang lain.

MAHB memperuntukkan 20 juta Euro atau lebih RM87 juta bagi projek pembesaran lapangan terbang dan kemudahan di ISG.

Ia dijangka siap pada tahun 2018.

Menurut Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali, pembesaran terminal membolehkan ISG mengendalikan tambahan 8 juta lagi penumpang berbanding 33 juta penumpang ketika ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan taklimat kepada Perdana Menteri berhubung operasi syarikat berkenaan di Turki.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Duta Malaysia ke Turki, Datuk Amran Mohamed Zin dan Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Perdana Menteri sebelum itu tiba di Istanbul untuk menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Pertubuhan Kerjasama Negara Islam, OIC yang bermula esok. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY