BRUSSELS, 21 Dis – TEKSI…… Pihak Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan, Uber ialah sebuah syarikat pengangkutan biasa dan bukan aplikasi, justeru perlu mematuhi undang-undang ke atas syarikat seumpama itu, keputusan kini dipantau rapat di seluruh dunia.

Keputusan berkenaan disambut baik plaintif, sebuah persatuan teksi Sepanyol, menyifatkannya ‘satu kejayaan sosial’ ke atas Uber berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang telah mencetuskan kemarahan pemandu teksi dan pihak berkuasa kerana melanggar banyak peraturan.

Keputusan itu dijatuhi dalam minggu sama apabila seorang pemandu Uber mengaku salah atas cubaan rogol dan bunuh kakitangan Kedutaan British di Beirut, Lubnan.

Hakim Mahkamah Keadilan Luxembourg dalam penghakimannya berkata, khidmat disediakan Uber yang menghubungkan pelanggan dan pemandu bukan profesional termaktub dalam perkhidmatan syarikat pengangkutan.

Uber, satu nama besar pasaran baharu muncul mendakwa, ia adalah penyedia perkhidmatan menghubungkan pengguna dan pemandu di lebih 600 bandar seluruh dunia.

Perkhidmatan terbabit menerima bantahan hebat semua syarikat teksi dan pesaing lain yang mendakwa ia membuka peluang pemandu mengelak menjalani latihan serta mengambil lesen khas bagi tujuan itu. – WD MY