JAKARTA, 9 Mei – Jatuh Hukum….. Hakim Mahkamah Indonesia hari ini mendapati bekas Gabenor Jakarta, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama, bersalah menghina Islam dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

“Purnama didapati melakukan tindakan jenayah menghina Islam dan kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun,” kata ketua hakim, Dwiarso Budi Santiarto, ketika mengumumkan keputusan.

Perbicaraan itu dilihat sebagai ujian tolak ansur agama di negara yang mempunyai penduduk Islam teramai itu. – WD MY