KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kewujudan mahkamah khas untuk membicarakan
kes dan individu yang terlibat dengan kumpulan militan akan menjadikan proses
penghakiman lebih telus, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein.

Menurut beliau, ini kerana ancaman kumpulan berkenaan benar-benar wujud dan
semakin menular di seluruh negara.

Jika kita tidak ambil tindakan yang proaktif dan preventif mereka akan
terlepas daripada pemantauan kita serta mengancam keselamatan di khalayak orang
ramai yang tidak berdosa.

“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara di
mana mahkamah seperti itu akan membantu kita memerangi kumpulan militan termasuk
membantu proses perbicaraan diselesaikan segera pada sebelah malam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sambutan Hari Inovasi
Kementerian Pertahanan Tahun 2015 di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini, hari
ini.

Sementara itu, Malaysia menyatakan sokongan penuh kepada usaha Kerajaan Arab
Saudi yang mengumumkan pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam hari ini bagi
memerangi ancaman pengganas terutamanya kumpulan militan yang dilihat semakin
menular di seluruh dunia.

Hishammuddin berkata penyenaraian Malaysia di dalam pasukan berkenaan
merupakan satu pengiktirafan.

Namun katanya, Malaysia tidak akan menyumbang dari segi ketenteraan.

“Ia jelas membuktikan penyatuan negara Islam dalam berdepan ancaman
pengganas.

“Malaysia mempunyai komitmen serupa dalam memerangi kegiatan itu bukan dari
segi ketenteraan sebaliknya dari segi persefahaman dan pendirian. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY