MAHKAMAH PUTUSKAN PRK RANTAU PERLU DIADAKAN SEMULA

MAHKAMAH PUTUSKAN PRK RANTAU PERLU DIADAKAN SEMULA

439
0

PUTRAJAYA, 18 Feb – ADAKAN….. Pilihan raya kecil akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan, susulan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan penghakiman Mahkamah Pilihan Raya pada November lalu.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memfailkan rayuan bagi memba­talkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan keputusan DUN itu terbatal dan tidak sah baru-baru ini.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, rayuan tersebut difailkan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. -WD MY