PUTRAJAYA, 5 Feb – Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan dimulakan pada 15 Februari ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, fasa pertama program itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan yang mana ia akan dilakukan secara atas talian.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, terdapat dua juta pekerja asing tanpa dokumen berada di Malaysia buat masa ini.

“Saya berharap program ini akan membantu kementerian merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membantu majikan dan meningkatkan produktiviti negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat 2016 dan pelancaran buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri hari ini.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alwi Ibrahim juga akan mengadakan pertemuan dengan majikan, persatuan pekerja, persatuan pengilang dan badan bukan kerajaan (NGO) selepas Tahun Baharu Cina bagi membincangkan kadar levi. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY