WASHINGTON, 1 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan sahabat perdagangan Malaysia di Washington D.C, malam tadi.

Ia sempena lawatan kerja 7 hari beliau ke Amerika Syarikat.

Pertemuan tidak formal itu berlangsung dalam satu majlis makan malam di sebuah restoran di Washington.

Ia turut dihadiri, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Selain mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan Amerika Syarikat,Timbalan Perdana Menteri juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear, NSS ke-4 bersama 53 pemimpin negara lain. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY